Dampak rokok dan penyakit yang ditimbulkan
Setiap batang rokok yang
dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap isapan itu
menyerupai satu isapan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide)
yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman
mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
• Tar mengandungi
sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab
kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic
aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang
memulakan proses kejadian kanser.
• Nikotin seperti heroin,
amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan
kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom
ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans
dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah
daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah,
sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang
kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal
dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali.
Nikotin
turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok.
Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari
tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama
kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
• Karbon Monoksida pula
adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas
ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi
terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon
monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki
tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap
organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak,
saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah,
jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi
kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari
badan.
Dampak bagi orang disekeliling kita ( perokok pasif )
Selama beberapa tahun terakhir,
para ilmuwan telah membuktikan bahwa zat-zat kimia yang dikandung asap
rokok dapat mempengaruhi orang-orang tidak merokok di sekitarnya.
Perokok
pasif dapat meningkatkan risiko penyakit kanker paru-paru dan jantung
koroner. Lebih dari itu menghisap asap rokok orang lain dapat
memperburuk kondisi pengidap penyakit :
• ANGINA Nyeri dada akibat penyempitan pembuluh darah pada jantung.
• ASMA Mengalami kesulitan bernafas.
• ALERGI Iritasi akibat asap rokok.
Gejala-gejala gangguan kesehatan :
iritasi mata, sakit kepala, pusing, sakit tenggorokan, batuk dan sesak nafas.
Wanita
hamil yang merokok atau menjadi perokok pasif, meyalurkan zat-zat
beracun dari asap rokok kepada janin yang dikandungnya melalui peredaran
darah. Nikotin rokok menyebabkan denyut jantung janin bertambah cepat,
karbon monoksida menyebabkan berkurangya oksigen yang diterima janin.
Anak-anak
yang orangtuanya merokok menghadapi kemungkinan lebih besar untuk
menderita sakit dada, infeksi telinga, hidung dan tenggorokan. Dan
mereka punya kemungkinan dua kali lipat untuk dirawat di rumah sakit
pada tahun pertama kehidupan mereka.
PENYAKIT YANG DITIMBULKAN DARI ASAP ROKOK.
“Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin”.
Kata-kata ini yang mungkin sering kita dengar ataupun jumpai pada saat
akan membicarakan penyakit apa saja yang ditimbulkan oleh rokok, karena
pada setiap bungkus rokok sudah terdapat tulisan peringatan akan
penyakit yang akan muncul.
Banyak orang tahu bahaya
merokok, tapi tidak banyak yang peduli, tapi bila seluruh pabrik rokok
di Indonesia di stop peroperasiannya, banyak sekali yang akan menggangur
dan banyak pula pengeluaran pemerintah kita untuk menunjang
masyarakatnya..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar